20 February 2012

Impian Tidak Menjadi Kenyataan

Hye Semua,
Assalamualaikum...

Semua orang mempunyai impian..sungguhpun impian itu mempunyai pelbagai cabaran untuk dicapai..tapi kita semua masih mempunyai impian kan?baguslah juga daripada orang yang langsung tak pernah impikan apa yang akan berlaku padanya.

Jika kita mempunyai impian bermaksud kita mempunyai matlamat dalam kehidupan. Semua keputusan yang kita buat hari ini juga berlandaskan impian yang ingin kita kejar. Kita juga sanggup menghadapi apa jua rintangan asalkan impian itu tercapai. Boleh jadi gila oo kalau impian punah di jalanan..Minta dijauhkan...

gambar hiasan : impian yang tidak akan menjadi kenyataan

Seperti orang lain, aku juga mempunyai impian.. tapi impian aku semakin hari semakin menghilang..kerana mungkin semuanya telah ditakdirkan satu lorong yang harus kujalani..Jika impian kita tinggal kenangan belajarlah untuk menerima kenyataan dan sesungguhnya berfikiranlah positif selalu..

Kita tidak pernah menyedari yang terbaik untuk kita. Maka, impian yang dianggankan sejak kecil mungkin tak terlaksana tetapi kemungkinan kita akan berjaya di bidang yang lain.. ye begitulah luahan saya hari ini..

Nota Kaki: Jika tiada keberanian mimpipun tak berguna..

KAMSAHMIDAA..
Jiee =)

16 February 2012

Trauma Hujung MInggu~~

Hye Semua,
Assalamualaikum...

Pernahkah korang merasai situasi di mana orang sekeliling korang seperti dah tidak peduli kewujudan korang? aduh pedih rasanya kan..Pernah korang merasai situasi ditinggalkan oleh kawan untuk diajak makan dan apabila pergi ke kantin or kedai makan, makanan habis dimakan oleh rakan-rakan korang sehingga kilatan bekas buffet tuh dari jauh boleh nampak..pernah kah?? Pernahkah korang mengalami situasi di mana korang bercerita ngan kawan korang bagai nak rak tapi sepatahpun deme tak faham..pernah kah? bersyukurlah kalau korang tak merasa situasi demikian....

Tapi apa nak buat..lain orang lain tanggungjawab dan kerja yang diamanahkan..lagi sedih jika hanya kita seorang sahaja yang membuat satu perkerjaan dalam satu tempat..maksudnya kerja tu ko jekla yang tahu buat dan patut buat..gitooo~~~nak share problem orang tak faham..kalau tak faham ok lagi tapi takde siapa nak dengar..waaa~~~st~~resssss~~



Pernahkah korang mengalami trauma hujung minggu?? seyes ni..gelak pulak dia..Aku pernah..hahaha kerana setiap kali hujung minggu aku akan hilang punca dan merepek tak tentu pasal. Emosi sangat terganggu..kaki dah memang tak jejak lantailah..melekat jek di dinding sambil menepuk2 mengira masa..wah bosan gileerr kalau cuti dua hari je mana nak pergi???

Saat korang bersarapan/lunch/kenduri kendara/dinner/menjamu selera bersama family..ingatlah bahawa aku sendirian di sini berlapar dan menetapkan hanya satu masa untuk mencari makanan..belum tentu makanan sebest seperti korang...
Saat korang bergelak ketawa bersama family..ingatlah bahawa muncungku sudah sampai ke lantai merasa jeles dengan keaadaa korang di kampung itusss
Saat korang bermesra dan bertepuk tampar bersama family ketawa berdekah2 ingatlah bahawa aku di sini bertepuk2 juga tapi tepuk hanya mampu dengan dinding sahaja..buat2 ketawa supaya jiran2 tahu aku tak stress di rumah sendirian...

Sedihnya menjadi anak perantauan...

Nota kaki: Semua nak balik kampung..tinggallah aku sendirian...waaa... ini tidak adil..tidak adil bagiku~~

KAMSAHMIDAA..
Jiee =)

02 February 2012

Misteri Bunga Tahi Ayam dan Melur

Hye semua..
Assalamualaikum...

Cerita ni berlaku dua hari lepas..hehee..time tu aku ada dalam bilik guru..kalau nak tahu sekarang ni aku dah dapat gelaran baru iaitu "ULAT BUKU!!!" takut tak dengar?? aku tahulah ni kalau hana baca entry ni mesti dia cakap..."Ye ke mama jie ulat buku bukan ulat daun ke???"dah tahu dah...hehehe

Nak dijadikan cerita...
U: Eh, awak ada kat sini?saya call banyak kali awk tak angkat...
I: kenapa? 
U: Kat bawah ada bunga untuk awak..daripada pakwe awk..dah gi amik lom?


I: Ha???bunga??Yeke?
U: Yela..ntah pakwe manelah yang kasi tuh(sambil senyum2)
I: (----wow terkejut monyet mak nokksss sapelah yang bagi bunga kan..lee min ho ke??seth? OMG!!!---sambung berangan lagi...berapa kuntum bunga ros aku dapat ni??warna apa??wow!!amazing!!--)<--monolog jiwa kacau!!
U: Aah bunga tahi ayam ngan melur!!
I: What??? (cett--spoil mood jek-- terus bertambah2 lagi stressss!!) <---monolog redha
U: cantik bunga tahi ayam..cuba awk gi tengok dulu..
I: hmm ok(takde moodla nak tahu..sudahnya aku biarkan saja bunga tu di depan ofis..manalah tahu tuan punya yang betul perasan bunga dia kat situ dia ambil..karang kalau salah orang lagi malusssss)

Nota Kaki: Syioookknya kalau dapat bunga fresh flower..kawan2 ajaklah saya pegi Cameron Highlandssss nak berangan jadi nora elena ni~~kuikuikui

KAMSAHMIDAA..
Jiee =)

01 February 2012

Stressssssss~~

Hye semua..
Assalamualaikum..

Dah makan ke belum? Percaya atau tidak pada saat dan ketika ini..aku belum lgi lunch dan masih lagi di skolah menghadiri mesyuarat..bukan nak mengeluh tapi ini semua pengorbanan guru untuk anak bangsa..sayangnyee cikgu kat anak murid tapi anak murid tak sayangpun kat cikgu dia? 

Apabila usia dah makin meningkat..tahap stressnyes makin menjadi2..macam mana ye nak hilangkan stress kerja..selalu jugak lepas solat tuh minta2 dapatla dipermudahkan segala urusan dan takdelah terasa beban kerja dan sentiasa mengharapkan diri sentiasa ikhlas dan mudah supaya dpt menyelesaikan masalah dengan mudah~~amin~~ 



Macam mana nak hilangkan stress??? 
1)selalulah ikhlas dan jatuh cinta dengan kerja yang dibuat.. 
2)pergi bercuti bersama keluarga atau kawan2.. 
3)yang bujang tuh cepat2lah kahwin..(pesanan utk diri sendiri)
4)jika kerja yang dibuat tuh susah mintalah kawan2 yg berpengalaman untuk membantu meringgankan beban~~ 
5)buat satu work plan supaya semua tugas yang utama dapat diutamakan dan tugas smpingan juga dapat berjalan seperti biasa.. 
6)yang paling penting penawar stress adalah senyuman..so jom senyum ramai2..smile~~ 


 Anniyoon~~ 
 Jiee =)

31 January 2012

Tak ada tajuk

Hye semua...
Assalamualaikum..


Semenjak berganjak ke tahun baru ni,tak ada satupun entry yang aku buat..KENAPA??? Banyak kerja sangat ke?jawapannya kerja tetap ada..tapi mood untuk menulis tak ada..solutela kat anak murid aku soramg tuh memang macam2 plan untuk up kan blog dia..bagus dan tahniah... Cabaran aku pada tahun ni berganda2..kerana aku memegang jawatan yang ditinggalkan..makin stress aku...jom jerit sama2...st~ress!!!~ Tapi sestress macam mana pun aku tetap rasa bahagia dan makin complete hidupku ini~~cecece.. Apa yang diimpikan dah berada di genggaman dan menghampiri kebahagiaan yang diharapkan...sama2lah kita doakan yang terbaik untuk diri kita sendiri.. 

 KAMSAHMIDAA..
Jiee =)

26 December 2011

Rahsia Budu

Assalamualaikum..
Hye semua,


Budu?? Budu oh budu! Apakah itu?? Budu ialah sejenis sos bilis..hehee..Kalau dah kata sos tu..maka bentuknya adalah cecair yang tak berapa nak pekat..then, warnanya kelabu rasanya sedikit masin. Orang tua2 kata kalau makan budu, hujan akan turun..kata orang tualah...
Orang2 kampung macam saya ni memang sukalah..makan sehingga menjilat jari kaki..haha..tapi boleh ke orang bandar makan budu? Budu ni bestnya kalau dimakan bersama ulam..awek muda ko sa...ada yang makan dengan ikan bakar,ikan singgang, petai bakar,sayur lemak kacang..nak2 lagi perah sikit asam limau..fuhh meleleh tengah2 malam ni cerita pasal budu~~huhu
Dan ni juga salah satu rahsia kejayaan orang terengganu dan kelantan tau..nak tahu lebih lanjut mengenai budu..jom baca info di bawah.. pasni larislah budu di pasaran..yang ada anak kecil tu..ajarlah makan budu..huhuhu


Khasiat Budu
1. Ia mengandungi vitamin B1, B2 dan B12..B12 adalah vitamin untuk membentukan sel darah merah..Jika kekurangan vitamin ini, akan terjadinya penyakit anemia. Vitamin ini tidak dimiliki oleh sumber makanan laut yang lain taw..kelas gitu~~

2. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon yang diperlukan dalam badan untuk menghentikan reaksi radikal bebas..apakah itu??senang cerita, ia penting untuk menghalang pembentukan kansel, tumor dan penuaan dan kematian sel..
Radikal bebas tu merupakan atom atau molekul yang tidak mempunyai pasangan dan ia menjadi aktif sehingga terbentuknya tumor dan kanser ni..begitulah..adik2 faham kah?belajar kimia esok baru faham ye..

3. Makan budu ni boleh menghalang kanser..selain berkaitan dengan antioksidan tadi tu budu juga meningkatkan sistem imunisasi bagi menghalanng penyakit merbahaya.

4. Makan budu ni senang dicerna.Tak ada lagi orang yang makan budu sembelit..ahhaha..ok2 tak lawak..

5. Ok ni paling best untuk dikongsi..Budu dapat meningkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya kerana ia merangsang sel2 otak untuk mengukuhkan ikatan neuron.
Kalau nak cerita zat apa lagi yang ada dalam budu ni memang banyaklah..

Maka, dengan ini saya sebagai anak jati Terengganu mencadangkan kepada anda semua untuk sama2 mencuba budu ni dalam sajian makanan harian anda..Walaupun bunyipun dah macam kuno and kolot..tapi sekali-sekala..tak salah..tapi kepada yang ada alergi seperti resdung ke tak payahla makan ye..karang tak pasal2 hidung hilang..huhu..gurau je..ok anniyoooonnn~~

KAMSAHMIDAA.. 
Jiee =)

25 December 2011

Merry Chritmas~~

Hye semua,
Assalamualaikum...


Tengah buat apa tu?dah lunch ke?Aku baru je balik dari bandar ni..beli sikit barang yang kawan2 kirim.Ramai juga orang tadi kat bandar..siap ada santa claus lagi naik beca lagi hehee..meriah betul krismas ni..Beruntunglah kita tinggal di Malaysia ni..bukan setakat semua perayaan disambut tapi yang paling penting cutipun banyak...Selamat bercuti semua~~

P/S: kepada kawan2 yang beragama kristian..happy christmas dan selamat bercuti semua..
KAMSAHMIDAA..
Jiee =)

21 December 2011

Misteri Rumah di Seksyen Shah Alam

Hye semua,
Assalamualaikum...
Cerita ini aku copy daripada facebook..saja nak share di sini..baca habis ye~~


9 tahun lepas aku dapat sambung belajar di UiTM Shah Alam. Jadi perkara pertama yang perlu difikirkan
adalah tempat tinggal sebab aku tidak dapat hostel. Oleh sebab kerajinan & keprihatinan aku dan kawan-kawan,maka dapatlah kami rumah sewa, berdekatan seksyen 2. Berhampiran dengan Wet World [kalau korang tahu la.

Rumah tu banglo 2 tingkat 4 bilik. 3 bilik dekat atas dan 1 bilik dekat bawah. Kami semua berlapan,kiranya 2 orang untuk 1 bilik lah. Aku ringkaskan sajalah, kami masuk rumah tu dengan perasaan berbelah bahagi; gembira, suka, pelik, rimas, takut semua ada. 
* Pertama,tuan umah hanya kutip rm50 saja sebagai deposit dan sewa pertama hanya bayar bila masuk bulan kedua kami duduk rumah tu. Kiranya bulan pertama percuma lah....[?] 
* Kedua,tuan rumah tak bagi kami bawa barang banyak-banyak sebab nanti penat nak angkat balik, terangnya... 
* Ketiga,pokok ara tepi umah tu sangat besar sampai dahannya boleh masuk tingkap bilik atas. 

Malam pertama duduk rumah tu kami tidak tidur sebab sibuk punggah dan kemas barang serta layan serta layan dvd korea. Cerita seramnya berlaku semasa hari kedua. Tak payah nak tunggu malam, siang-siang pun kami dah kena kacau. Azmi "dagu" orang pertama kena. 
Masa tu baru pukul 10.30 pagi [anggaran aku la], si Azmi ni bangun nak buang air besar. Jadi dia pergilah bilik air di bawah tu tapi ada orang di dalam [sebab pintu tertutup]. Bilik air atas rosak, tuan umah kata nanti dia akan betulkan. Tunggu punya tunggu, tak keluar-keluar orang dalam tandas tu. Jadi Azmi ni memekik la suruh cepat sikit keluar sebab dia tak tahan. Akibat jeritan si Azmi ni, habis satu rumah bangun pergi tengok apa hal. Yang peliknya, kami berlapan semua ada, habis siapa dlm tandas ni? Pintu tandas berkunci siap ada bunyi orang flush jamban lagi. Dalam ramai-ramai ni,Lan seorang saja yg berani sikit [mungkin fasal dia ni keturunan bugis], dia rentap pintu tandas tu sampai terbuka. Tak ada orang tapi daripada kesan yang ada,pintu tu memang dikunci daripada dalam. Akhirnya Azmi tak jadi berak, mungkin sebab takut. 

Malam tu kami kena lagi teruk. 
Masa aku nyenyak tidur malam tu tiba-tiba ada orang tarik kedua-dua belah kaki aku sampai aku terjatuh katil. Kepala aku terhentak dulu di lantai! Apa lagi,angin la aku sebab ingat budak-budak nak main-mainkan aku tapi bila bangun tak nampak orang pulak. Yang ada cuma Lan yang tengah membuta dekat katil atas. Aku tak rasa Lan yang buat sebab mesti dia tidur mati. Bila aku keluar bilik, aku dengar budak-budak tengah ketawa. Rupanya diaorang tengah layan DVD dekat hall bawah. Aku pun masuk bilik balik sebab masih bingung tapi baru ak perasan masa aku tengah jengah ke bawah tadi aku perasan Lan ada!! Bukan ke tadi aku nampak dia tengah membuta dalam bilik? Ahh sudah. Dengan perasaan berani-berani takut aku tengok atas katil Lan ada bonjol bawah selimut,kiranya macam ada orang lah. Aku tarik kain selimut tu and guess what? Ada batu nisan yang dah retak dan secara automatik bilik aku diselubungi bau hapak dan hanyir yang menusuk. 

Masa ni jangan tanya aku lah apa aku buat sebab kalau benda ni jadi dekat korang pun takkan nak tinggal dalam bilik tu lagi betul tak? Aku rasa kaki aku dah tak jejak tanah sebab lari laju sangat. Aku lari keluar bilik tu dan pergi ke hall sebab nak beritahu kawan-kawan aku tapi yang macam haram jadahnya tak ada seorang pun ada dekat hall. Nak tahu man diorang pergi? Semua dah duduk dekat luar rumah! Rupanya awal-awal lagi diorang dah kena kacau. Yang laknatnya, tak ada seorang pun nak kejutkan aku....taik betul diorang ni. 

Lepas diorang tenangkan aku, kami berbincang nak buat apa sebab sekarang sudah pukul 3 pagi. Nak minta tolong tok imam,rumah tok imam pun kami tak tahu. Nak minta tolong jiran, kiri kanan rumah kami cina. Akhirnya Salleh ajak lepak restoran Hakim sampai pagi. Bunyinya macam senang tapi masing-masing semua tak pakai baju dan pakai boxer dengan kain pelekat saja. Mahu tak mahu terpaksalah kami masuk rumah tu balik sebab nak ambil seluar, dompet dan kunci motor. 

Oleh sebab bilik Bob dan Naim saja yang ada di bawah, maka kami ambil keputusan nak pinjam baju n seluar mereka. Masing-masing takut nak naik tingkat atas. Dompet pun aku tinggal. Masing-masing berpakat guna duit Naim dahulu. Nasib baik kunci motor kami sangkut dekat dinding [tempat penyangkut]. Masa nak keluar dari rumah tu, Wak perasan ada budak perempuan dekat pintu dapur tengah senyum sambil lambai tangan dekat dia. Aku pun terperasan budak tu juga lepas aku tengok muka Wak bertukar pucat lesi. Senyuman budak tu buat aku rasa macam nak terkincit dalam seluar. Kepala lutut aku menggigil sampailah dekat restoran Hakim! 

Lepas sampai restoran Hakim, masing-masing sibuk buka cerita termasuk aku sekali lah. Mula-mula Wak cerita, malam tu lebih kurang pukul 12 lebih,dia sibuk download lagu tiba-tiba ada bunyi macam orang baling batu dekat tingkap bilik dia. Bila dia jengah,dia nampak ada seorang perempuan duduk dekat atas pokok kayu ara sebelah rumah tu, pakai baju putih kekuningan dan koyak-koyak dengan rambut panjang. Yang sadisnya,perempuan hodoh tu boleh senyum dekat dia pulak. Wak ni apa lagi terus tutup tingkap dan keluar pergi bilik dia n terus pergi bilik aku lah kononnya. Malangnya, lagi seekor hantu pulak duduk dekat depan pintu bilik dia tapi kali ni hantu budak. Jadi dia ambil keputusan terjun tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik tak patah.

Azmi "dagu" pula cerita dia nampak ada budak perempuan lambai tangan dekat dia [yang ini, aku pun kena juga ok]. Aku pasti budak itu bukan manusia sebab dia tak ada kaki! Sam pula cerita dia nampak hantu tu dekat siling umah! Bila buka saja mata, hantu itu betul-betul "eye to eye" dengan dia. Kiranya semua kena kacau lah ni. Dan aku orang akhir sekali cerita. Aku cakap lah dua-dua kaki aku kena tarik masa tidur sampai kepala aku terhentak dekat lantai. Lepas itu aku cakap lah yang aku nampak diorang tengah layan dvd dekat Hall tapi Azmi tiba-tiba menyampuk "Bila masa pulak kami tengok dvd ?". Rupa-rupanya tiada seorang pun yang tengok dvd pagi tersebut! Jadi, siapa yang aku nampak?! Haru betul.....kaki aku yang dari tadi menggigil makin bertambah kuat gigilnya. 

Tengah sibuk berborak,aku terbau sesuatu yang kurang enak. Kawan-kawan aku yang lain pun terbau juga. Rupanya Azmi ni tadi dah terkencing dalam seluar sebab takut sangat. Nasib baik malam tu tak ramai sangat orang dekat Restoran Hakim tu. Malu betul! Aku pulak ternampak Sam pakai selipar sebelah lain. Daripada sibuk-sibuk bercerita seram terus jadi cerita kelakar pulak. 

Tengah ketawa, baru kami perasan Salleh dengan Naim tak ada bersama kami. Yang ada cuma kami berenam. Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dengan Lan. Dalam ramai-ramai tu cuma Bob seorang yang bawa HP, jadi kami cuba telefon Naim tapi tak ada orang angkat. Telefon Salleh pula, sama juga tak ada orang angkat. Kemudian Lan ambil HP Bob tu, dia baca apa entah agaknya lepas tu tahu apa jadi? Dengar suara perempuan menggilai! Gila-gila punya ngilai sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Akhirnya kami sepakat akan tunggu sampai pagi esok baru balik rumah itu semula dan cari Naim dengan Salleh. Lepas dengar suara perempuan menggilai dalam HP tu, tiada seorang pun yang buka mulut sehinggalah subuh! 

Pukul 7.30 pagi baru kami blah dari Hakim. Hati aku masih lagi kuat berdebar-debar. Yang lain-lain aku tahulah. Sampai dekat depan rumah, aku tengok pintu rumah dengan pagar terbuka seluas-luasnya. Kalau pencuri masuk ni, memang dia akan kaya sebab laptop, wallet dengan HP kami semua dibiarkan macam itu saja. Bulu tengkuk aku masih lagi meremang. Tak ada seorang pun berani masuk rumah itu dahulu Aku ingat, ada lah 20-30 minit kami duduk tercangak-cangak dekat depan rumah sebab tak berani masuk. Entah macam mana agaknya HP Bob berbunyi. 

Hati aku da x sedap. Jangan la kata hantu tu yang telefon masuk umah. Lan angkat. Sebenarnya dalam ramai-ramai, Lan lah yang paling berani tapi kadang-kadang penakut juga lah. Pihak hospital telefon, katanya Naim ada di wad kecemasan hospital Klang. Kemalangan katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dari nombor hp Bob, sebab itu dia telefon nombor Bob. Oooo baru aku faham. Yang peliknya Naim kemalangan? 

Masing-masing serba salah jadinya. Bingung pun ya juga. Tak tahu sama ada nak melawat Naim di hospital Klang atau cari Salleh yang hilang. Akhirnya kami telefon tuan rumah untuk tengok apa yg patut. Aku dengan Sam pulak pergi hospital Klang tengok keadaan Naim. Kalau memang tenat sangat, aku akan beritahu yang lain suruh datang. Yang lain aku suruh cari Salleh keliling umah, takut-takut dia kena sorok. Kami masing-masing hanya bertawakal. Masa dalam perjalanan ke hospital Klang, aku pun tak tahu Sam pecut sampai berapa tapi hati aku masih lagi kuat mengatakan bahawa perkara ini belum habis lagi. 

Sampai hospital,aku terus cari Naim. Sebak sungguh hati aku tengok keadaan Naim yang parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek dengan kereta atau sesuatu. Kes langgar lari. Naluri aku kuat mengatakan bahawa umur Naim ni tak panjang sebab darah keluar membuak-membuak. Sam tak sanggup tengok, air mata dia berjurai-jurai keluar. Doktor pun cakap Naim ni sudah nyawa-nyawa ikan, tak dapat nak tolong banyak. Aku duduk tepi Naim, dia boleh bercakap lagi tapi sangkut-sangkut. Dia mintak maaf sebab menyusahkan kami. Berulang-ulang kali dia minta maaf tapi aku masih lagi tak dapat tangkap apa yang dia cakap. Akhirnya dia meninggal juga. Aku gagahkan hati aku telefon kawan-kawan yang lain beritahu kematian Naim. Aku tengok Sam terduduk tepi balkoni dengan mata merah sebab nangis banyak sangat. Tak lama lepas itu keluarga Naim datang. Aku tak anggup nak tunggu lagi dan ajak Sam balik Shah Alam. 

Sampai dekat rumah, aku tengok ramai gila orang tengah cari Salleh tapi tak jumpa-jumpa. Habis satu umah digeledah. Akhirnya ada orang tua dekat situ minta tolong dengan seorang ustaz. Aku tak ingat apa nama ustaz itu tapi lepas Asar baru kami jumpa Saleeh duduk dekat atas busut belakang rumah. Yang hairannya, sudah 5,6 kali orang cari tapi tak ada pula jumpa dia dekat situ. Tak kisahlah janji dapat jumpa balik Salleh. Kami semua ambil keputusan pindah dari rumah hari itu juga. Kebetulan dekat seksyen 7 [pintu belakang UITM] ada satu rumah untuk disewa, jadi kami pindah situ lah. Barang-barang Naim kami angkut sekali. Terus terang aku cakap, memang aku angin gila tengok muka tuan rumah sebab tak beritahu yang rumah ini "keras".patut lah dia suruh bayar rm50 saja dulu dan tak bagi bawa barang banyak-banyak. Chisss...... 

Aku demam 3 hari. 
Jenazah Naim selamat dikebumikan di Raub,Pahang. 
Seminggu lepas Itu,keadaan sudah ok sikit cuma Salleh saja yang sakit-sakit badan. Akhirnya mulut aku tergerak nak tanya Salleh apa yang berlaku sebenarnya sebab sebelum Naim meninggal dia ada cakap dekat aku suruh tanya Salleh satu rahsia. Rupanya masa hari pertama kami masuk rumah tu, Naim dengan Salleh sudah buat hal. Dia cangkul busut dekat belakang rumah tu. Naim pula kuis-kuis dengan kaki dia. Mungkin sebab itu lah kaki dia parah [dalam hati aku lah]. Kemudian Salleh cerita,kn ada malam yg kitorg satu uma kena kacau tu dia dengan Naim pun kena juga. Tapi hantu tu siap kejar diorang sampai dekat jalan. Diorang punya la cuak sampai lari ke tengah jalan. Entah mana datangnya kereta tiba-tiba hentam mereka. Naim tercampak tengah jalan, dia pulak dekat tepi jalan. Datang kereta lain terus lenyek kaki Naim. Lepas tu, Salleh kata dia terus tak sedar apa-apa sampailah kami jumpa dia atas busut tu. Yang peliknya,macam mana dia boleh duduk atas busut sedangkan dia kata dia lari dekat tengah jalan besar? Kenapa Naim seorang yang kena teruk? 
Akhirnya aku dapat jawapan sebenar. Tak lama lepas Salleh cerita dengan aku, dia jatuh sakit. Tak tahulah sakit apa tapi 3 bulan kemudian dia meninggal. Keluarga dia sendiri kebingungan sebab doktor pun tak tahu sakit Saalleh. Tapi aku yakin, kes ni ada kaitan dengan busut yang diorang gali tu. Aku dengan geng-geng aku yang lain sempat ziarah arwah Salleh. Paling tak boleh tahan Bob sebab dia roomate dengan Naim. Memang aku tau dia sedih sangat. Yang tak boleh lupa, kami semua menangis masa angkat jenazah Salleh. Rasa sedih sangat masa tu.. 
Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dan Lan, semua sekali selamat habiskan pengajian di UITM. Buat Naim dan Salleh, kami tetap akan ingat korang sampai bila-bila. Al- fatihah 

P/S: Seramnya..Pas ni kalau nak masuk rumah baru bacakanlah yassin supaya tiada gangguan jin dan syaitan ini..

KAMSAHMIDAA.. 

Jiee =)

Majlis Sambut Menantu~~

Hye semua,
Assalamualaikum....wbt.

Kali ni nak try tulis penuh..dah lama tulis asyik simpan kat draft je.huhu..Firstly, thanks untuk kawan2 yang datang ke majlis abang aku kahwin..wah explain perlu jelas ye..takut kecil hati..tambah2 sekarang waktu sensitif kan..mana tahu kawan2 cakap aku nak kahwin diam2..hehhe..jangan risau dah sampai jodoh nanti akan diwar-warkan..hanya perlukan doa kawan-kawan sahaja..moga dipercepatkan jodoh~~amin..

dah..dah..tak nak explain lebih2..kalau ikutkan nak tunjuk gambar2 kejadian..hehee tapi maklum sajalah..kamera tak canggih sangat..mulanya aku sendiri yang deal dengan butik pengantin tersebut..warna pilihan untuk pelamin dan sebagainya..yelah..kita seorang saja yang tak kerja..orang lain semua bizi sangat dengan kerja kan..pilihla sendiri..


mulanya waktu pekerja butik tu pasang siap pelamin ni aku dan akak aku sedang bershopping last minute untuk cari barang2 jamuan..memang cantik kan...tapi masalah yang aku hadapi kenapala banyak sangat pink..masa deal aku cakap nak pink sikit jek..sebab abang aku pakai warna hijau..aduhai..haru2..then kebetulan pulak makcik aku sememangnya pakar dalam hal2 menghias ni dan diapun kadang kala ambil tempahan untuk pelamin ni..dia pun ubah suaila mana yang patut dengan sepupu aku~~makcik saa..


so, jadilah macam ni..cantik tak??kelas ko saa...hahhaa..puas hati dan Alhamdulilah majlispun berjalan dengan lancar tanpa perebutan nasi or lauk pauk yang kekurangan..tapi sayangnya bubur kacang orang terawal sahaja yang merasa..segala kekurangan saya bagi pihak keluarga memohon ampun dan maaf ye..dan terima kasih kepada sedara mara, sahabat handai jiran tetangga yang hadir dan sama-samlah kita mendoakan yang terbaik untuk pasangan..mudah-mudahan cepat2la timbang anak..lidah ni dah gatal sangat nak bahasakan diri cu jie...huhuhuhuhu..

P/S: kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pakej perkahwinan or pertunangan jangan malu dan segan untuk text saya..bukan saya punya just leh recommand and sama2 kita berpuas hati dengan service cikgu erna ni...BUT..area terengganu sahaja..kalau ada cawangan saya gitawla ye..huhu

KAMSAHMIDAA..
Jiee =)

01 December 2011

KETAWA PENGHILANG DUKA: Coklat Kacang badam

Assalamualikum..
Hye semua,

Seorang gadis membawa teman lelakinya pulang untuk diperkenalkan kepada neneknya. Setibanya di rumah, si gadis meluru masuk ke dapur dan berbual dengan neneknya.

Teman lelakinya duduk di ruang tamu sambil menantikan kekasihnya di dapur, dia terpandang semangkuk kacang badam dan gajus di atas meja. Dia terus memakannya sehingga habis.

Si gadis setelah puas berborak dengan neneknya baru teringat teman lelakinya di ruang tamu. Lalu dia dan neneknya ke ruang tamu.

"Nenek, inilah teman lelaki saya yang saya katakan tadi...Yang, minta maaf lupa nak kenalkan dengan nenek tadi," kata si gadis.

"Tak mengapa, saya pun nak minta maaf dengan nenek, habis semangkuk kacang nenek saya habiskan.." kata si pemuda itu pula.

"Cucu nenek suke beri nenek coklat kacang tapi nenek ni mana ada gigi, jadi nenek kulumlah coklat itu sampai habis, kacangnya keras jadi nenek letakkan dalam mangkuk itu.."


KAMSAHMIDAA..
Jiee =)

KETAWA PENGHILANG DUKA: Kisah SAM dan DOL

Assalamualaikum...
Hye semua,

SITUASI 1
Sam: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
Dol: Tulah aku dah cakap kat kau, jangan pasang signboard 'SILA DATANG LAGI'...

SITUASI 2
Sam: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
Dol: Iye ke? kalau macam tu aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi..

SITUASI 3
Sam: Aku tengok kau beberapa hari ini candle light dinner dengan bini kau, mesti dia suka.
Dol: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik,api rumah aku dah kena potong!

SITUASI 4
Sam: Semalam aku nampak hantu!
Dol: Uih!kau terkejut tak?
Sam: Taklah. Hantu tu yang terkejut tengok aku.
Dol: Mana kau tahu?
Sam: Aku tengok muka dia pucat semacam jer...

KAMSAHMIDAA..
Jiee =)

KETAWA PENGHILANG DUKA:Bahaya Kawin dengan Programmer

Assalamualaikum...
Hye Semua,

Kita ikuti perbualan si suami dan isteri..tetttt

Suami: (Setelah balik lewat dari pejabat) Selamat malam sayang, sekarang saya "logged in".
Isteri: Abang ada beli tak barang yang saya pesan tadi?
Suami: "Bad command" or "filename".
Isteri: Tapi kan saya dah 'call' abang pagi tadi di pejabat suruh abang beli!
Suami: "Errorneous syntax", "Abort"?
Isteri: Ish..Abang ni, takkan itupun tak ingat? Ha..Abang kata dalam telefon tadi nak beli TV mananya?
Suami: "Variable not found"...
Isteri: Abang ni memang tak boleh haraplah..Bak kad kredit abang. Biar saya yang pergi belikan dan shopping barang dapur sekali.
Suami: "Sharing Violation',' Access Denied"....
Isteri: Abang ni tak sayangkan saya ke? Abang lebih sayangkan komputer abang tu daripada saya. Saya tak tahan la kalau macam ni selalu.
Suami: "Too many parameters..."
Isteri: Saya menyesal pilih abang sebagai suami saya. Harapkan muka je hensem.
Suami: "Data Type Mismatch".
Isteri: Abang ni memang betul-betul tak guna la..
Suami: "It's by Default".
Isteri: Macamana pula dengan gaji abang?
Suami: "File in use"..."Try Later".
Isteri: Kalau begitu, apa peranan saya di sisi abang sebagai seorang isteri?
Suami: "Unknown Virus".
Isteri: ??????


KAMSAHMIDAA..
Jiee  Hyo=)

INFO SIHAT: RAWAT HIDUNG BERDARAH

Assalamualaikum,
Hye semua,
gambar oleh google.com

Info sihat kali ni mengenai hidung berdarah..Pernahkah korang mengalaminya? Mungkin ini dapat membantu korang jika anak2, family serta kawan2 korang mengalaminya ye...

Kenapa ia berlaku? Hidung berdarah kerana panas atau kecederaan di kepala menyebabkan mengantuk, muntah dan sakit kepala.

Cara merawat:
1) Duduk tegak dan kepala ditundukkan sedikit ke depan. Guna jari telunjuki dan ibu jari bagi memicit bahagian lembut hidung selama 10 minit. Bernafaslah melalui mulut...
2) Apabila pendarahan telah berhenti, jangan hembus hidung dengan kuat atau mengesat atau mengorek darah beku dirongga hidung..

Petua Tradisional
Masukkan daun sireh ke dalam hidung yang berdarah.Biarkan..darah itu akan kering sendiri...

~~SELAMAT MENCUBA~~
KAMSAHMIDAA..
Jiee Hyo =)

27 November 2011

Beli hp biar puas hati~~

Hye semua,
Assalamualaikum...

Semua orang tak kiralah budak sekolah rendah sekalipun akan mempunyai 1 handphone(hp) kan? Nak-nak sekrang ni makin ramai yang terkejar2 nak membeli hp yang canggih-manggih..tapi bagaimana nak tahu hp itu original ataupun yang cikai??



Untuk mengetahui keaslian hp yang hendak dibeli...
Step 1: sila key in *#06# pada hp yang hendak dibeli (or boleh chek hp yang korang ada sekarang)
Step 2: akan keluar IMEI (International Mobile Equipment Identity)
Step 3: semak no IMEI hp korang..cthnya: 35947002-308240-9
no yang ke 7 dan 8 (no yg aku gariskan tu) maksudnya hp ni 02

jika,
02 or 20 =dari China (kualiti rendah)
08 or 80 =dari Germany (kualiti sederhana)
01 or 10 = dari Finland (kualiti baik)
00 or 03 or 04 = dari kilang asal (kualiti sangat terbaik)
13 = kualiti sangat lemah dan sangat merbahaya~~

jom chek sekarang hp tu kategori ape?

KAMSAHMIDAA..
Jiee =)

KETAWA PENGHILANG DUKA: Arghh..panasnya~~

Assalamualaikum..
Hye semua,

Siapa yang sedang bermurung tuh..meh sini baca entry yang akan muncul bertimbun2 ni..huhuu

Ketika menaiki sebuah pesawat Nuri ke sebuah kampung orang Asli di Pekan, Pahang, Seorang pengawai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) mengeluh kepanasan.

"Panasnya dalam helikopter ini",

Pak Pandir yang kebetulan mengiringi pegawai tersebut berkata,

"Mahu tak panas tuan, kipasnya besar tapi di luar."

KAMSAHMIDAA.. Jiee =)